Saturday, June 26, 2010

BIDADARI IDAMAN

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
......بسم الله والحمد لله ثم الحمد لله ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم

      Alhamdulillah. Syukur pada Allah s.w.t. atas segala nikmat yang dikurniakan pada hamba yang kerdil dan hina ini. Alhamdulillah. Terlalu banyak nikmat yang dipinjam oleh insan yang sering kufur akan nikmat-nikmatNya. Tapi sama-samalah kita sedar bahawa kita semua adalah hamba dan segala kemudahan yang kita miliki pada hari ini merupakan pinjaman daripada Tuhan pencipta alam semesta ini, iaitu tidak lain dan tidak bukan hanyalah Allah ‘Azzawajalla…

Kian lama ana tidak kesempatan untuk memuatkan artikel atau dengan kata lain ‘update’ blog SANG PERANTAU ini. Oleh kerana ada sedikit ujian daripada Allah buat diri ana, maka diri ini tidak bisa meluangkan masa bersama blog ini. Walaubagaimanapun, itu semua kehendak Allah s.w.t.. Sebenarnya, pada kesempatan ini ana ingin bawakan satu potong ayat Al-Quran berikut:

“…….الخبيثات للخبيثين والخبيثون للخبيثات والطيبات للطيبين والطيبون للطيبات ”

Bermaksud: “Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)” Surah An-Nur, 24:26.

Berdasarkan ayat ini kita dapat ketahui bahawa Allah s.w.t. menciptakan manusia berpasang-pasangan dan pasangan itu bersesuaian dengan watak masing-masing. Bermakna, yang baik akan dipasangkan dengan yang baik dan begitulah sebaliknya bagaikan acuan dan hasilnya.

Setiap individu mempunyai hasratnya tersendiri. Begitu juga dalam soal pemilihan pasangan. Ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu tertarik dengan individu yang akan dipilih sebagai pasangan hidupnya. Sesetengah orang ingin seorang yang kaya raya. Ada yang memilih orang yang berjawatan tinggi. Ada yang tertarik dengan orang yang masyhur terkenal atau glamour or famous. Ada juga yang berhasrat memiliki pasangannya seorang yang putih dan ada pula yang suka seorang yang warna kulitnya hitam manis dan sebagainya. Sungguh banyak dan berbeza soal pemilihan pasangan ini jika dikumpul dan dibandingkan dari seluruh dunia. Tak termampu ana huraikan di sini.

Dalam Islam telah ada garis panduan dalam hal ini. Baginda Muhammad S.A.W. bersabda yang mafhumnya ialah apabila kita ingin memilih seseorang sebagai pasangan hidup, kita perlu lihat pada 4 perkara ini, iaitu: Kecantikan, Keturunan (yang baik), Harta (kekayaan), dan Agama (Islam). Tapi yang paling penting ialah agamanya. Andai agamanya baik nescaya sejuk mata memandang dan bahagialah keluarga kita. Tapi andai agamanya tiada nescaya akan hancur binasa.

Semasa berada di Mesir tempoh hari, ana ada kawan Arab seorang sahaja. Mahmood namanya. Dia pelajar Al-Azhar cawangan Tanta, tahun 3 Usuluddin. Biarpun masih belajar, tapi dia juaga menjadi imam dan khatib jumaat pada beberapa masjid di Tanta. Dengan dialah ana boleh bergurau senda bagaikan adik-beradik. Sungguh rapat dan sangat rapat. Secara tidak langsung ana dapat improve bahasa Arab biarpun sedikit tapi bermakna. Dialah satu-satunya orang Arab yang ana berkawan. Dia selalu bertanya pada ana tentang pemilihan pasangan (biasa la remaja),

“Apakah ciri-ciri wanita yang enta dambakan?”

Dan hanya jawapan ringkas sahaja yang ana berikan iaitu

“المهم: ثلاثة شروط” “yang penting: 3 syarat”.

Lalu ana terangkan syarat-syarat tersebut kepadanya. Dia tertarik dengan syarat-syarat yang ana letakkan lalu diapun nak ikut juga syarat-sayarat itu. Mejoriti kawan-kawan ana bertanya tentang soal calon isteri, sudah tentu itulah jawapan ana iatu “المهم: ثلاثة شروط”.

Antara pelajar medic yang ana selalu bersama di mesir ialah ‘Amir, Syazwan, Mukhlis, Faruq, Hisyam dan Faris. Mereka ini sama-sama dengan ana:
1 Agama
1 kelas
1 Group
1 MAA
1 YIK
1 PCT
Di sana, kami dekenali sebagai group YIK atu MAA.

Ahli bait (housemate) ana pula ialah: Dr. Najib, Dr. Omar dan Dr. Shahidi. Pasukan bola Espada Ropera: Dr. Sufian, Dr. Asyraf, Dr. Naufal, Dr. Afiq, Dr. Hakim dan semua ahli bait ana. Antara pelajar senior ialah: Dr. Azhan, Dr. Syafiq, Dr. Zul, Dr. Faqih, Dr. Fawwaz, Dr. Hanifudin, Dr. Rusydi dan banyak lagi. (Maaf la ana tak dapat listkan semua nama u all kat sini).

Apabila ana berjumpa (Ustaz Mahmood, ‘Amir dan Syazwan), selepas bersalam kami akan buat isyarat menggunakan jari menunjukkan tiga, itulah rahsia kami (hanya gurauan semata-mata). Tapi inilah menambahkan kemesraan antara kami.

Dr. Che Hanifuddin pernah bertanya pada ana tentang 3 syarat itu, dan ana jawab, itu rahsia. Pada hari ini ana akan bongkarkan rahsia itu. Baca ye…hehehe…..

3 syarat yang dikatakan tadi ialah:

1) Berilmu
2) Beramal dengan ilmu yang ada
3) Berakhlak mulia

1) Berilmu

"طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة"

“Menuntut ilmu adalah fardhu (wajib) ke atas setiap individu muslim lelaki dan perempuan” -hadith

"يرفع الله الذين آمنوا منكم والذين أوتوا العلم درجات....."

“Allah S.W.T. mengangkat oran-orang yang beriman di antara kamu dan mengangkat orang-orang yang berilmu beberapa darjat…..”  Al-Mujadilah, 58:11

Dengan dalil-dalil di atas kita dapat tahu bahawa setiap individu perlu mempunyai ilmu kerana dengan ilmu kita akan dipandang mulia oleh Allah S.W.T..Dengan ilmulah manusia dapat dibezakan dengan binatang dan mkhluk-makhluk yang lain. Dengan ilmu juga manusia boleh berfikir dengan positif dan bijak.
Dalam hadith yang lain Nabi bersabda:

"من أراد الدنيا فعليه بالعلم ومن أراد الأخرة فعليه بالعلم ومن أرادهما فعليه بالعلم"

“Barang siapa inginkan dunia hendaklah ia berilmu, dan barang siapa inginkan akhirat hendaklah ia berilmu, dan barang siapa inginkan kedua-duanya (dunia & akhirat) hendaklah ia berilmu”

Berdasarkan hadith di atas maka jelaslah pada kita bahawa ilmu amat penting. Kita faham betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan manusia. Dan ilmu yang palin penting dan perlu diketahui dan difahami semua muslim ialah: ilmu aqidah, ilmu fiqh dan ilmu tasawwuf.

2) Beramal dengan ilmu yang ada (termasuk solat tahajjud)

"العلم بلا عمل كالشجر بلا ثمر"

“Berilmu tanpa beramal seperti pokok tidak berbuah” Itulah kata-kata hikmah yang sering kali kita dengar.

Tiada gunanya orang yang berilmu tetapi tidak beramal. Langsung tidak bermakna. Jauh sekali berwibawa. Apabila kita menggunakan ilmu kita akan selamat. Otak kita berjalan lalu aktif. Semakin banyak kita gunakan ilmu semakin banyak perkembangannya. Semakin bijak pemiliknya. Dan perlu diingat bahawa orang yang memiliki ilmu itu akan dijaga oleh ilmunya. Sebaliknya, orang yang memiliki harta perlu menjaga hartanya. Justeru, gunalah ilmu itu sebaik mungkin. Beramallah dengannya selagi mampu.

3) Berakhlak mulia

Sabda Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. :

"إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق"

“Sesungguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak”

Akhlak sangat penting dalam kehidupan seharian. Setiap tindak tanduk kita dinamakan akhlak, sama ada akhlak yang baik ataupun akhlak yang buruk. Seorang muslim perlu berakhlak mulia. Seorang muslim berakhlak mulia akan menampakkan Islam itu indah. Orang bukan Islam akan menghormati Islam dan kagum dengan islam. Tapi yang malangnya, majoriti umat Islam pada hari ini kurang berakhlak. Mereka tidak beramal dengan akhlak Islam. Hal ini menyebabkan orang bukan Islam tidak hormat pada Islam, kurang ajar dengan agama Islam. Siapakah yang bersalah dalam hal ini?????

Kita perlu tahu apabila dibincangkan tentang akhlak, maka berkait rapatlah dengan muamalat (hubungan). Kita perlu senaraikan siapakah perlu kita hubung dan bagaimanakah caranya. Kerana manusia akan merasa kekurangan tanpa berhubung dengan alam sekelilingnya. Antara hubungan yang perlu kita ketahui ialah:

a) Hubungan dengan Allah (taat perintah Allah dan jauhi laranganNya)
b) Hubungan dengan Nabi (amalkan sunnah nabi dan tinggalkan larangannya)
c) Hubungan dengan Al-Quran (sentiasa baca dan hayatinya)
d) Hubungan dengan ibu bapa (tidak derhaka pada kedua-duanya)
e) Hubungan dengan guru (Hormat guru)
f) Hubungan dengan rakan-rakan (Saling menasihati)
g) Hubungan dengan keluarga dan kaum kerabat (Bertegur sapa)
h) Hubungan dengan masyarakat (Kerja-kerja amal)
i) Hubungan dengan Umat (amar maaruf dan nahi mungkar)
j) Hubungan dengan non-muslim (tunjuk keindahan Islam)
k) Hubungan dengan makhluk-makhluk lain (belas kasihan)

Itu semua hanya ringkasan sahaja. Diri sendirilah perlu senaraikan tanggungjawab kita terhadap Allah dan semua makhlukNya.

Selain itu, segala aspek yang merangkumi kehidupan perlu dijaga seperti, pertuturan cara Islam (lemah lembut dan sopan santun, tawanya terjaga dan sebagainya), tingkah laku cara Islam (cara berjalan – tidak heret kaki, tidak gedik (maaf) dan sebagainya), cara penampilan Islam (pemakainnya tidak menjolok mata bahkan wara’ dan sebagainya ). Hal ini semua sangat bersesuain dengan wanita yang sifatnya lemah lembut (lebih-lebih lagi wanita Asia).

Ana hanya dapat huraikan secara umum sahaja. Kalau nak huraikan secara khusus tidak bisa ana menuulis di sini. Walauapapun, gambaran umumnya dapat dilihat. Masing-masing detailkan sendiri..Hanya 3 syarat ini sahaja yang ana sebut bukan bermakna ana menolak syarat-syarat lain dalam ajaran Islam. Segala perkara asas dalam Islam tidak boleh diketepikan. Ini hanya hasrat atau impian seorang SANG PERANTAU.

Sahabat-sahabtku sekalian,

“Orang yang baik tidak perlu bertungkus lumus mencari tapi perlu didatangi”

*** Maaf atas segala kesalahan dan kesilapan.. Sama-samalah kita meningkatkan diri kita ke arah kebaikan supaya kita menjadi orang yang baik (الطيبون و الطيبات). Ameen…….
*** I miss you my friends (خصوصا في مصر...)

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template