Monday, April 26, 2010

SEJARAH YANG HILANG

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah. Syukur pada Allah S.W.T yang memiliki sekelian alam...


Setiap bangsa ada kebanggaannya..
Ada sejarahnya...
Setiap bangsa pasti akan mencintai bangsanya....
Begitu juga agama, pasti ISLAM yang utama.....



Abad ke Sepuluh – Titik Tolak
Penaklukan China ke atas Vietnam yang bermula pada tahun 111 SM telah tamat pada 939 apabila Vietnam berjaya membebaskan diri dan mengisytiharkan sebagai sebuah negara merdeka. Semenjak abad kesepuluh, Campa telah menghadapi beberapa masalah dengan jiran baru. Serangan pertama Vietnam ke atas Campa berlaku pada tahun 982 yang “menyebabkan kehilangan nyawa raja Campa dan menyebabkan kemusnahan ibu negara”11.

Kelahiran Vietnam menandakan satu perubahan yang amat besar bagi kerajaan Campa serta arena politik di keseluruhan Indochina. Setelah beberapa siri serangan oleh kedua-dua pihak, raja Campa membuat keputusan pada tahun 1000 untuk meninggalkan Indrapura kerana ianya terlalu dekat dengan wilayah Vietnam. Baginda memindahkan ibu negaranya jauh ke selatan, iaitu ke Vijaya yang kini tertelak di Binh Dinh.

Sejak abad kesebelas, Dai Viet iaitu nama lama Vietnam, memberi tekanan yang dahsyat ke atas Campa. Banyak serangan Vietnam dilakukan pada abad ini, khususnya serangan pada tahun 1044 yang merampas dan menjarah Vijaya lalu membunuh rajanya. Alasan serangan ini adalah kerana Vietnam ingin mendera Campa yang berani menyerbu ‘pantai Vietnam’. Keresahan Campa bukan hanya disebabkan faktor luar tetapi juga oleh faktor dalaman. Kekalahan Campa terhadap Vietnam mencetuskan kebangkitan di Panduranga, iaitu sebuah negeri yang terletak paling selatan dalam kerajaan Campa. Kerajaan pusat telah menghantar satu pasukan tentera untuk membanteras kebangkitan tersebut12.

Untuk membalas dendam terhadap serangan Vietnam pada tahun 1044, Raja Rudravarman III menyerang Vietnam pada 1068. Sekali lagi Campa diserang balas secara serta merta oleh Vietnam. Raja Vietnam, Ly Thanh Tong mengetuai pasukan tentera lautnya, menyerang Vijaya, mengalahkan tentera Campa dan menangkap Raja Rudravarman III. Raja Vietnam membawa raja Campa ke lembah Sungai Merah. Bagi membebaskan dirinya, raja Campa telah melepaskan kawasan dari Gate of Annam hingga ke daerah di sekitar genting Lao Bao kepada Vietnam pada tahun berikutnya. Dengan itu istana Vietnam menukarkan daerah-daerah ini untuk menjadi propinsi-propinsi Vietnam dan diberi nama Dia Ly, Ma Linh dan Bo Chinh.

Dalam tahun 1103 dan 1104, orang Cam menyerang balas tetapi gagal mendapatkan kembali wilayah-wilayah yang telah dirampas. Berikutan itu sempadan utara Campa dipindahkan ke selatan iaitu di genting Lao Bao13. Semenjak itu Campa terpaksa bukan hanya menghantar ufti ke negeri China malah ke Vietnam. Oleh kerana kelemahan kerajaan pusat, Panduranga sekali lagi mencuba untuk mendapatkan otonominya.

Abad kedua belas juga memperlihatkan Campa membantu kerajaan Angkor untuk menentang kemaraan Vietnam. Kemudian apabila Campa berbaik dengan Vietnam, raja Khmer menghantar satu pasukan tenteranya untuk menakluki Vijaya pada tahun 1145 dan menduduki keseluruhan bahagian utara wilayah Campa. Vijaya dibebaskan pada tahun 1149 oleh raja Panduranga yang menabalkan dirinya sebagai raja Campa di istana Vijaya.

Setelah kemangkatan raja ini, penggantinya menyerang Angkor secara mengejut pada tahun 1177 dengan menggunakan satu pasukan tentera laut yang kuat yang berlayar melalui Sungai Mekong dan Sungai Tonle Sap hingga ke Tasik Tonle Sap. Tindak balas raja Jayavarman VII dalam satu siri peperangan, termasuk serangan pasukan tentera laut berjaya menghalau pendudukan tentera Cam dari bumi Kampuchea. Siri peperangan ini diperingatkan melalui bas-relief di Bayon dan Banteay Chmar14

Jayavarman meneruskan serangannya hingga penaklukan ibu negara Campa pada tahun 1191. Baginda melantik adik iparnya, Yuvaraja Dhanapati Grama untuk memerintah di Vijaya. Seorang putera Cam, Angsoraja Urang Turai-Vijaya yang telah dibesarkan di Angkor diberikan takhta di Panduranga. Akan tetapi raja Panduranga ini merampas kuasa raja Vijaya dalam tahun 1192 dan mengisytiharkan dirinya sebagai raja di Vijaya dan Panduranga.

Berikutan itu, Jayavarman VII mengambil tindakan secara definitif dengan meletakkan Campa di bawah naungannya pada tahun 1203. Dengan demikian Campa telah menjadi sebuah propinsi kerajaan Kampuchea hingga ke tahun 1220. Tarikh ini merupakan tarikh tamatnya permusuhan selama satu abad di antara dua saudara berjiran dan sesama mengamalkan kebudayaan Hindu-Buddha. Sejak itu kedua-dua negara ini menjalinkan hubungan kejiranan yang amat baik.

Setelah tujuh belas tahun di bawah naungan Kampuchea pada awal abad ke tiga belas, Campa sekali lagi terletak di bawah orang Mongol pada tahun 1283 selama dua tahun. Di samping itu, Vietnam selalu menceroboh wilayah Campa. Pada awal abad keempat belas, Campa menderita kerana hilang lagi daerahnya di utara.

Raja Jaya Simhavarman III (? – 1307), dikenali sebagai Che Man bagi orang Vietnam, dan Pou-ti oleh orang Cina, menawarkan pada tahun 1306 kepada raja Vietnam dua buah daerah O dan Ly, iaitu wilayah di antara genting Lao Bao dan Col des Nuages (genting Awan) bagi mendapatkan anaknya, puteri Huyen Tran, sebagai isteri baginda. Baginda tidak bernasib baik, baginda mangkat setahun kemudian. Dengan serta merta puteri Vietnam ini dibawa balik ke Thang Long kerana bimbang dibakar hidup-hidup bersama mayat suaminya mengikut adat sati India yang diamalkan di Campa ketika itu. Pengganti-pengganti Raja Jaya Simhavarman telah mencuba pada tahun 1311-12, 1317-18, 1326 dan 1353 untuk menuntut kembali daerah-daerah yang telah diberi kepada Vietnam tetapi semuanya gagal.

Dalam suasana itu, “seorang raja Cam yang mempunyai seni politik yang baik serta kelicikan dalam strateginya” wujud dalam senario. Baginda adalah Che Bong Nga (1360-1390). Baginda merupakan seorang raja yang berpengetahuan luas dalam peperangan. Baginda memperkuatkan pasukan tentera darat dan laut baginda dengan menambahkan bilangan askar serta memperbaiki kelengkapan tentera. Baginda dipercayai naik takhta pada tahun 1360.

Baginda mengepalai satu siri serangan ke atas daerah-daerah yang sekarang telah menjadi wilayah Vietnam. Serangan pertama adalah pada awal tahun 1361 apabila pasukan tentera baginda memusnahkan pelabuhan Dia Ly. Dalam balasan serangan baginda, Che Bong Nga telah dua kali menyerang Thanh Long, ibu negara Vietnam di lembah Sungai Merah; kali pertama pada tahun 1370 dan kali kedua pada tahun 1377. Baginda berjaya menewaskan dua pencerobohan tentera Vietnam pada tahun 1368 dan 1377 apabila pasukan tentera ini menyerang Vijaya. Walhasil baginda dibunuh oleh askar Vietnam15 dalam satu peperangan dalam tahun 1390 apabila rahsia kapal yang dinaikinya telah dibocorkan ke pihak Vietnam oleh pengiring yang mengkhianati baginda.

Che Bong Nga juga merupakan seorang raja yang sangat prihatin terhadap hal-hal keadilan sambil memberi keutamaan kepada keamanan dan kestabilan dalam kerajaannya. Hukuman yang keras dikenakan kepada lanun-lanun yang menjalankan aktiviti mereka di persisiran pantai Campa. Baginda juga mengadakan hubungan yang baik dengan China dengan menghantar gajah, harimau serta lain-lain hasil pengeluaran Campa ketika Tchou Yuan-tchang mengisytiharkan dirinya sebagai “Maharaja Ming” pada tahun 1369.

Daerah-daerah di utara Col des Nuages yang dirampas kembali oleh Che Bong Nga hanya dilepaskan kepada Vietnam oleh penggantinya iaitu Raja Jaya Simhavarman Sri Harijatti (La Ngai, dalam bahasa Vietnam) yang memerintah hingga ke tahun 140016.

Maspéro dalam bukunya yang berjudul Le Royaume de Champa (Kerajaan Campa) menggambarkan zaman pemerintahan Che Bong Nga, 1360-1390 sebagai zaman keagungan kerajaan Campa17. Sebenarnya apa yang berlaku semasa pemerintahan Che Bong Nga itu hanya masa kejayaan yang singkat dalam proses menuntut kembali wilayah-wilayah yang telah ditakluki oleh Vietnam dalam abad-abad sebelumnya. Kesilapan Che Bong Nga tidak menyelenggara wilayah yang telah berjaya dirampas kembali itu.

Walau bagaimanapun selenggaraan wilayah ini tidak mungkin boleh berlaku kerana wilayah itu sangat luas jika dibandingkan dengan jumlah rakyat yang ada dalam kerajaannya. Sebaliknya P-B. Lafont18 percaya bahawa kedatangan agama Islam di India dalam abad ke-12 yang menjadi penghubung dengan Indochina menyebabkan kelemahan penguasa kerajaan berpengaruh Hindu itu.

Beliau mengatakan hubungan yang sedia ada di antara peradaban Hinduisme dan Buddhisme dengan Campa yang merupakan kekuatan kerajaan tersebut tidak lagi mampu memberi pernafasan baru kepadanya. Walau bagaimanapun sebenarnya kerajaan Campa sedang mengalami kemerosotan kerana negara ini sentiasa dikalahkan dalam peperangan sejak kelahiran Vietnam yang merupakan titik tolak dalam sejarah keseluruhan Indochina.


***Sambungan daripada post SEJARAH CHAMPA....
***Ada lagi sambungan..... 
 

Thursday, April 22, 2010

BERSEDIAKAH KITA???

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, Lafaz yang mulia dan Syukur kepada Allah S.W.T yang banyak memberi nikmat yang tidak terhingga kepada kita. Nikmat makan, nikmat minum, nikmat tidur dan segala bentuk nikmat lain yang Dia kurniakan kepada hamba yang daif dan hina ini. Allah masih lagi mengasihi dan menyayangi. Sekiranya ingin diperhitungkan nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kepada kita selaku manusia yang banyak mengingkari akan nikmat-nikmatnya, nescaya tidak akan habis dihitung. Biarpun semua laut menjadi dakwat pena dan daun-daun menjadi kertas, tetap tidak mampu untuk menghitungkan semua nikmat-Nya. Allah S.W.T berfirman dalam surah 16:18 iaitu surah An-Nahl, ayat 18 yang bermaksud: 
"Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tak akan dapat menentukan jumlahnya, sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha penyayang".
Dan nikmat yang paling bermakna ialah nikmat islam dan iman. Hidup kita menjadi lengkap (complete). Dengan iman hidup kita menjadi tenang.
Di sini ana bukan nak mengulah tentang islam mahupun iman..Cuma ana nak berkongsi ilmu mengaenai kematian.."Setiap bernya pasti akan mati"
Dan Nabi S.A.W pernah bersabda yang mafhumnya : 
"Orang yang paling bijak ialah yang selalu mengingati mati"

Adapun  tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan  ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada  tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan  menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran  menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam  Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau  mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian.  Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya  serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau  telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas  tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk engkafankan bahagian  mukanya. 

  Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita  sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda  yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat  dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua  tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala  orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan  terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada  Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan:

Tanda  100 hari sebelum hari mati:
Ini adalah tanda pertama dari Allah  SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang  dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma  samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini  akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari  hujung rambut  sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan  dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda  ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini  adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar  akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka  yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan  lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran  tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada  untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau  ditinggalkan sesudah mati. 


Tanda  40 hari sebelum hari mati:
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu  Asar. Bahagian pusat kita  akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur  dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan  mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya  ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini  akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang  terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikat  maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah  bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.  

Tanda  7 hari:
Adapun tanda ini akan  diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitandi mana orang sakit yang tidak makan secara  tiba-tiba ianya berselera untuk makan.  

Tanda  3 hari:
  Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu  diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka  berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis  dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini  juga mata hitam kita tidak akan bersinar  lagidan bagi orang yang sakit hidungnya  akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari  bahagian sisi.Telinganya akan layu dimana  bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh  ke depan dan sukar ditegakkan.  

Tanda  1 hari:
Akan berlaku sesudah waktu  Asar di mana kita akan merasakan satu  denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini  menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan  harinya.  

Tanda  akhir:
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya  akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.  Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan  menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah  SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.  


Sesungguhnya marilah  kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara  orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka  terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam  usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari  segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan  sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka  diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan  amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun  ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.  Oleh itu marilah kita  bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh  Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam  usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun  akhirat. 

***Hanya tuhan tahu apa akan bisa terjadi..Walluhu a'alam...yang baik itu daripada Allah dan yang kurang itu datang dari hamba yang lemah dan hina...Yang baik bisa jadi iktibar dan buanglah yang salah dan silap...

Tuesday, April 20, 2010

SEJARAH CHAMPA

KERAJAAN CAMPA - Hubungannya Dengan Vietnam

     Campa merupakan sebuah kerajaan yang bertamadun tinggi pada satu ketika dahulu. Kedudukan kerajaan yang baru sahaja lenyap itu terletak di bahagian tengah Vietnam sekarang. Kewujudannya telah terbukti dari dokumen-dokumen Cina sejak tahun 192 Masehi. Hasil kajian epigrafi, catatan-catatan Cina, orang Eropah mahupun Vietnam dan Arab telah mengatakan bahawa kerajaan Campa terletak di tanah-tanah rata sepanjang persirian pantai laut China Selatan (sebelumnya dipanggil: Laut Campa) dan dataran-dataran tinggi di barat tanah rata2. Kini kerajaan Campa telah dipadam dari peta dunia sejak tahun 1832 oleh seorang maharaja Vietnam yang bergelar Minh Menh.
     Penduduk kerajaan Campa terdiri daripada orang Cam, yang mendiami kawasan persisiran pantai, dan yang lain mendiami dataran tinggi3. Mereka yang tinggal di dataran ini dibahagikan kepada dua kelompok. Pertama, kumpulan rumpun bahasa Austronesia, yang disebut Camik. Ia terdiri dari orang Cam sendiri serta Jerai, Rade, Cru dan Raglai. Kedua, ialah kelompok yang terdiri daripada orang Ma, Mnong, Sre, Stieng dan orang Bahnar. Mereka dari rumpun Austroasiatik, kumpulan Bahnarik.
     Sejarah kerajaan Campa didominasikan oleh siri peperangan dengan jirannya dari utara iaitu Vietnam yang lahir pada tahun 939. Peperangan pertama antara kerajaan Campa yang berpengaruh India dan Vietnam yang berpengaruh Cina berlaku pada tahun 982. Berhadapan dengan kemunculan kuasa baru Dai Viet (Vietnam) ini, sedikit demi sedikit sempadannya ditolak ke selatan. Dalam proses perluasan wilayah Dai Viet tersebut yang dikenali Nam-tien iaitu kemaraan orang Viet ke Selatan, sempadan utara Campa terpaksa berpindah buat kali pertama pada tahun 1069.
     Setelah itu sempadannya terpaksa berpindah lagi ke Selatan pada tahun 1306, dan pada tahun 1471 sempadannya telah berpindah ke kedudukan baru iaitu apabila Vijaya dimusnahkan sama sekali. Tarikh ini juga dipercayai sebilangan pengkaji sebagi tarikh tamatnya identiti kerajaan Campa. Kehancuran Vijaya ini dilakukan oleh satu pasukan tentera Viet sekuat 250 000 orang. Sejumlah besar dari 90 000 orang Cam telah terkurban dan yang selebihnya dibawa ke negara Viet.

    Dari tarikh tersebut, sejarah kerajaan Campa menjadi sejarah pergelutan orang Cam yang panjang “untuk menentang kemaraan Vietnam, untuk menyelenggarakan kemerdekaannya serta memelihara identitinya”.
Your browser may not support display of this image.
Sumber: Po Dharma 1996
     Walau bagaimanapun mereka tidak mampu bertahan diri di hadapan kekuatan Vietnam dan kerajaan Campa akhirnya musnah pada 18324.
Sejak kejatuhan Vijaya, orang Cam mula meninggalkan tanah air mereka secara beramai-ramai kerana tekanan Vietnam yang semakin lama semakin kuat dan terik. Ramai di kalangan mereka memilih Kemboja, sementara sebahagian yang lain memilih daerah-daerah lain di Asia Tenggara dan juga ke Hainan dan Shanghai. Semenjak kejatuhan Indochina kepada rejim komunis, orang Cam yang hidup di Kampuchea mahupun di Vietnam melarikan diri untuk mencari perlindungan di negara-negara lain seperti Malaysia, Perancis, Amerika Syarikat mahupun Australia.

Peradaban
     Berkenaan dengan peradaban pula, kerajaan Campa telah terpengaruh dengan peradaban India dan telah menjadi sebuah negeri yang dipengaruhi Hindu-Buddha.
     Terdapat banyak peninggalan arkeologi di seluruh kerajaannya, khususnya di:
- Tra-kieu (wilayah Quang-nam sekarang)
- My-son (wilayah Quang-nam sekarang)
- Dong-Duong (wilayah Quang-nam sekarang)
- Kawasan Vijaya (wilayah Binh-dinh sekarang)
- Kauthara (wilayah Nha-trang sekarang)
- Panduranga  (wilayah Binh-thuan sekarang)

     Dari pengaruh yang diterima ini arca-arca serta candi-candi dibina. Inskripsi pertama bertarikh abad ke-4 Masihi yang ditemui di Tra-kieu adalah dalam bahasa Cam (rumpun Melayu). Kemudian ditemui juga inskripsi dalam bahasa Sanskrit dan juga dwibahasa.
     Kemudian kerajaan Campa telah menerima tamadun Islam. Tiada kepastian bila Campa telah menjadi Kerajaan Islam. Yang pasti Islam orang Islam telah tiba di bumi Campa pada abad ke-9. Dan hanya pada abad ke-14 dan seterusnya hubungan dengan orang Melayu dri Nusantara telah memperlihatkan orang Cam telah menjadi Islam. Setelah orang Cam dan orang Melayu dari Nusantara ini bertemu, pelbagai bentuk hubungan telah wujud, antaranya hubungan keagamaan dan perdaganan. Hubungan ini berterusan sehingga ke hari ini. Kini hampir keseluruhan penduduk Campa yang hidup di Vietnam atau di luar Vietnam adalah orang Islam.

Zaman Awal Kerajaan Campa
     Menurut sejarah Cina, Lin Yi, nama awal Campa, muncul pada tahun 192 Masehi di bahagian tengah negeri Vietnam sekarang5. Penduduk Lin Yi bertutur dalam bahasa dari rumpun Austronesia. Sempadan utara Lin Yi terletak di Gate of Annam (Hoanh Son). Maklumat awal mengenai sejarah Campa adalah sedikit sahaja; tidak diketahui sama ada penduduk Lin Yi memegang ajaran Hindu atau Buddha.
     Sejak awal abad ketiga, Lin Yi merupakan negeri yang tunduk kepada China dan membayar ufti kepadanya. Mereka telah mencuba untuk memperluaskan wilayahnya ke utara Gate of Annam tetapi tidak berjaya. Pada abad keempat, didapati bahawa penduduk Lin Yi bertutur dalam bahasa Cam6, satu bahasa dari rumpun Austronesia. Pada ketika itu orang Cam membina rumah mereka dari batu bata; mereka membakar mayat7. Pada penghujung abad keempat dan awal abad kelima, Shivaisme merupakan agama dominan yang diamalkan di istana8.
Sejak abad ketujuh barulah bukti sejarahnya lebih jelas. Dalam satu sumber ada menyebut bahawa satu ekspedisi ketenteraan Cina telah menyerang Campa pada tahun 605. Ibu negeri Campa terletak di daerah Tra Kieu9. Daerah Tra Kieu merupakan pusat penyebaran agama Hindu sejak abad keempat lagi. Batu bersurat dalam kedua-dua bahasa iaitu Sanskit dan Cam, telah ditemui di daerah tersebut. Nama “Campa” disebut buat kali pertama dalam dua buah inskripsi bahasa Sanskrit, satunya bertarikh tahun 658 yang ditemui di bahagian tengah Vietnam dan satu lagi ditemui pada tahun 668 di Kampuchea. Ini tidak bererti nama “Campa” tidak pernah diguna atau wujud sebelum itu. Satu lagi nama Campa iaitu Chan Cheng, yang sebenarnya satu transliterasi Cina, muncul dalam tahun 877.
     Dari abad kelapan, wilayah kerajaan Campa ada pada keluasan yang terbesar. Ia terletak dari Gate of Annam di utara hingga ke lembah Sungai Donnai di selatan. Kerajaan Campa terbentuk dari lima buah daerah, yang mirip dengan negeri-negeri pada masa sekarang. Lima buah negeri, dari utara ke selatan ialah Indrapura, Amarawati, Vijaya, Kauthara and Panduranga. Setiap negeri diperintah oleh pentadbirannya sendiri dan ada sebuah pemerintahan di peringkat pusat iaitu di istana diraja Campa. Dengan itu Campa merupakan sebuah federasi dan bukannya sebuah kerajaan unitarian.
Mengenai hubungan diplomatik, kerajaan Campa menjalin hubungan baik dengan jiran-jirannya10, iaitu China di utara, Kampuchea di barat dan Nusantara di selatan. Campa secara teratur menghantar utusan-utusan dan uftinya serta mengadakan hubungan ekonomi dan keagamaan dengan China. Dipercayai bahawa ajaran Buddha Mahayana sampai ke Campa melalui sami yang datang dari China.
     Agama ini berkembang dengan pesat pada abad kelapan dan kesembilan dengan terbina sebuah kompleks biara yang termasyhur di Dong Duong. Hubungan dengan Kampuchea juga diadakan secara berterusan. Pada peringkat awal hubungannya akrab tetapi menjelang abad kesembilan ia menjadi renggang. Mengenai hubungannya dengan jiran di bahagian selatan, ia bermula dengan rompakan secara besar-besaran oleh orang Jawa pada penghujung abad kelapan. Hubungan dengan Nusantara menjadi lebih baik selepas kejadian itu sehingga membawa kepada peningkatan pertukaran perdagangan dan persahabatan.
Ketika itu, dalam abad kesembilan, ibu negeri Campa terletak di Indrapura yang kini di Quang Nam. Zaman inilah tamadun Campa termasuk sistem sosialnya, konsep kerajaan serta praktis keagamaannya menunjukkan ia dipengaruhi oleh peradaban India, iaitu Hinduisme dan Buddhisme. Keadaan politik, ekonomi dan sosial telah menunjukkan Campa adalah sebuah kerajaan dipengaruhi India. Dalam pada itu, raja Campa membina kemudahan-kemudahan Buddha di Dong Duong dan juga kuil Hindu di My Son.



Ada sambungan.......


*** Sumber daripada Mohamad Zain Bin Musa (ATMA – UKM)


Sunday, April 11, 2010

Siapakah temanku???

         Au'zubillahiminasysyaitonirrajim.....
         Bismillahirrahmanirrahim....

        Segala puji bagi Allah, Tuhan yang ditasbihkan ke atas-Nya pepasir di pantai, Tuhan yang disujud kepada-Nya segala bayang-bayangan, Tuhan yang mencipta pelbagai ragam makhluk di alam semesta ini...
Bersyukur kepada Allah yang menciptakan kita sebagai makhluk yang terbaik di antara makhluk-makhluk yang lain. Allah berfirman dalam Al-Quran yang suci surah yang ke-95:4 iaitu surah At-Tiin yang bermaksud: "Seseungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya".

           Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.....

        Dalam kehidupan seharian di dalam alam dunia yang fana' ini, setiap makhluk memerlukan makhluk yang lain untuk melengkapi antara satu sama lain. Lebih-lebih lagi makhluk yang bergelar manusia. Manusia sentiasa berada dalam keadaan tidak cukup. Perlukan makan, minum, tidur, berehat, berteman, berorganisasi, ini dan itu, dan sebagainya. Sunggguh banyak. Tak mampu ana tuliskan semuanya di sini.
       Ada kala, manusia akan merasai gembira, suka, riang ria, duka, gelisah dan sebagainya. Segala macam perasaan akan bertakhta sementara di dalam hati setiap manusia. Setiap insan akan merasai semua sifat ini. Ada kalanya ia merasa lemah. Pada saat inilah ia perlukan teman. Perlukan bantuan. Perlukan sokongan. Tapi, sokongan yang macam mana?????
        Hati amatlah sensitif. Andai hati lemah, nescaya lemahlah segala jasad. Lemahlah segala-galanya. Untuk mendapat kekuatan, sudah semestinya bermunajat kepada Allah sebagai langkah utama. Selain itu, temanlah yang menjadi pendorongnya. Beri semangat. Beri nasihat dan sebagainya. Tapi pada hari ini, manusia suaka menjadi hakim (suka menghukum) dalam pelbagai aspek. Dialah tahu segala-galanya. Yang ini dia tahu, yang itu dia tahu. Semuanya dia tahu (dengan andaian diri sendiri semata-mata).
Mengapa kita suka membuat kesimpulan tanpa selidik terlebih dahulu?????
 Mengapa???
  Inikah yang dikatakan membantu?
   Inikah yang dikatakan beri semangat?
    Inikah yang dikatakan TEMAN???????

     Wahai temanku sekalian!!!!!
   Teman bukan begitu. Teman selalu berdamping dengan kita ketika suka dan duka. Selalu bertanyakan masalah. bukan mendatangkan masalah. Andai ada masalah dia akan tolong selesaikan. Bukan menghukum membabi buta tanpa fakta. Apabila kawan kita membuat sesuatu yang pelik, jangan terus salahkannya. Bertanya dahulu. Selidik dahulu. Mungkin perkara itu bukan kehendaknya. Jangan terus bertanyakan dengan suara yang lentang atau nada yang tinggi. Sebagai contoh: Kenapa kamu buat macam ni????? (pinjam nada singa katakan)....
Itu semua mungkin boleh menambahkan lagi tekanannya. Jadi, elakkanlah berkasar dengan teman, kawan bahkan sesiapapun....Islam tidak suka kekasaran, tidak suka keganasan. Dan Ingatlah kelembutan itu halus yang boleh menembus ke mana jua....
Kalau kita ingin bantu kawan kita, perlulah kita bayangkan bagaimana perasaan kita sekiranya kita berada di tempat dia. Selami dunia kawan kita, harungi maslahnya. Kerana teman juga bagaikan pembimbing.

Teman bukan sekadar bertanya dan biarkan begitu sahaja.
Teman bukan hanya ketika kita perlu semata-mata.
Teman bukan seorang yang selalu meminta,
Tapi teman ialah selalu memberi.
Teman bukan di sisi ketika suka sahaja,
Tapi teman berada di sisi ketika duka juga.
Teman bukan pembawa derita,
Tapi teman ialah membuahkan riang ria.
Teman bukan pembawa celaka,
Tapi teman pembawa bahagia.
Teman bukan membawa ke lembah yang hina,
Tapi teman membawa ke raudhah yang mulia.
Teman bukan membawa ke NERAKA,
Tapi teman membawa ke SYURGA.


     Mungkin hari ini kawan kita mempunyai masalah, tapi esok lusa mungkin kita juga akan menghadapi masalah. Mungkin masalah yang lebih besar lagi. Itu semua ketentuan Ilahi. Hari ini, mungkin kita tidak perlukan bantuannya. Namun pada suatu hari nanti, mungkin kita akan perlukan seorang teman. Ketika senang mungkin teman kita tidak perlu, tapi ketika susah barulah kita merasa betapa pentingnya seorang teman.
     Pandangan dan teguran seorang teman amat bermakna. Hari ini, kita tidak mengendahkan teguran atau tidak menghargai pandangannya. Tapi, ingatlah suatu hari nanti kamu akan ingat, kamu akan tahu, kamu akan faham betapa pentingnya teguran dan pandangannya.




*** Ya Allah, kurniakanlah daku seorang teman yang boleh membawaku ke SYURGAMU..Ameen Ya Rabbala'lameen......
** Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku. Selesaikanlah segala masalahku. Percepatkanlah keputusan kepada pihak yang berkenaan. Tenangkanlah hatiku. Kekalkanlah jiwaku di atas Shirat-Mu. Ameen Ya Arhamarrahimeen........

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template