Thursday, April 22, 2010

BERSEDIAKAH KITA???

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, Lafaz yang mulia dan Syukur kepada Allah S.W.T yang banyak memberi nikmat yang tidak terhingga kepada kita. Nikmat makan, nikmat minum, nikmat tidur dan segala bentuk nikmat lain yang Dia kurniakan kepada hamba yang daif dan hina ini. Allah masih lagi mengasihi dan menyayangi. Sekiranya ingin diperhitungkan nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kepada kita selaku manusia yang banyak mengingkari akan nikmat-nikmatnya, nescaya tidak akan habis dihitung. Biarpun semua laut menjadi dakwat pena dan daun-daun menjadi kertas, tetap tidak mampu untuk menghitungkan semua nikmat-Nya. Allah S.W.T berfirman dalam surah 16:18 iaitu surah An-Nahl, ayat 18 yang bermaksud: 
"Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tak akan dapat menentukan jumlahnya, sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha penyayang".
Dan nikmat yang paling bermakna ialah nikmat islam dan iman. Hidup kita menjadi lengkap (complete). Dengan iman hidup kita menjadi tenang.
Di sini ana bukan nak mengulah tentang islam mahupun iman..Cuma ana nak berkongsi ilmu mengaenai kematian.."Setiap bernya pasti akan mati"
Dan Nabi S.A.W pernah bersabda yang mafhumnya : 
"Orang yang paling bijak ialah yang selalu mengingati mati"

Adapun  tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan  ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada  tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan  menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran  menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam  Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau  mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian.  Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya  serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau  telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas  tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk engkafankan bahagian  mukanya. 

  Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita  sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda  yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat  dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua  tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala  orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan  terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada  Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan:

Tanda  100 hari sebelum hari mati:
Ini adalah tanda pertama dari Allah  SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang  dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma  samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini  akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari  hujung rambut  sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan  dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda  ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini  adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar  akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka  yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan  lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran  tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada  untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau  ditinggalkan sesudah mati. 


Tanda  40 hari sebelum hari mati:
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu  Asar. Bahagian pusat kita  akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur  dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan  mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya  ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini  akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang  terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikat  maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah  bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.  

Tanda  7 hari:
Adapun tanda ini akan  diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitandi mana orang sakit yang tidak makan secara  tiba-tiba ianya berselera untuk makan.  

Tanda  3 hari:
  Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu  diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka  berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis  dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini  juga mata hitam kita tidak akan bersinar  lagidan bagi orang yang sakit hidungnya  akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari  bahagian sisi.Telinganya akan layu dimana  bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh  ke depan dan sukar ditegakkan.  

Tanda  1 hari:
Akan berlaku sesudah waktu  Asar di mana kita akan merasakan satu  denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini  menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan  harinya.  

Tanda  akhir:
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya  akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.  Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan  menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah  SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.  


Sesungguhnya marilah  kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara  orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka  terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam  usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari  segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan  sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka  diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan  amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun  ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.  Oleh itu marilah kita  bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh  Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam  usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun  akhirat. 

***Hanya tuhan tahu apa akan bisa terjadi..Walluhu a'alam...yang baik itu daripada Allah dan yang kurang itu datang dari hamba yang lemah dan hina...Yang baik bisa jadi iktibar dan buanglah yang salah dan silap...

0 comments:

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template