Saturday, August 7, 2010

SATU PELITA SEJUTA CAHAYA



"إن الدين عند الله الإسلام" آل عمران 3:19
“Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam”

"الإسلام يعلو ولا يعلى عليه" حديث
“Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya”

Dua kalimah mengubah arus kehidupan
Dua kalimah memusnah kubu kejahilan
Dua kalimah memecah tembok keheningan
Dua kalimah mencerah segala kegelapan
Dua kalimah menyinari seluruh alam
Dua kalimah berpaut nikmat keimanan
Dua kalimah sebagai kunci ke syurga
Itulah dua kalimah syahadah;
أشهد أن لا إله إلا الله
وأشهد أن محمدا رسول الله
Aku bersaksi:
Tiada Tuhan melainkan Allah
Muhammad itu pesuruh Allah.

Hadirnya membawa perubahan
Mengikis bibit-bibit kezaliman
Memadam api kecelaruan
Mengubur sisa-sisa kebatilan
Menegak tiang-tiang keadilan
Menghampar tikar keamanan
Membentang lautan kesaksamaan
Mencungkil secangkir kebenaran
Itulah pelita-Islam.

Islam tidak akan maju,
Sekiranya,
Penganutnya masih buntu dengan ajaran Islam;
Islam akan layu,
Seandainya,
Umatnya tidak beramal dengan ajaran Islam;
Islam akan berkembang,
Jika,
Pemuda pemudinya tekad berjuang;
Islam akan bersinar,
Seandainya,
Syiarnya disebarkan;
Islam akan kembali gagah,
Andai kata,
Umatnya kembali bersatu.

Satu pelita itu,
Terpancar sejuta cahaya;
Tanpa pelita,
Tiada cahaya;
Tanpa cahaya,
Tiada sempurna.

Pelita itu hampir terpadam
Kemalau sinarnya;
Apakah puncanya?
Siapakah penyebabnya?
Mungkinkah taufan kekufuran puncanya?
Atau,
Angin kealpaan insan di sekelilingnya?

Inilah wabak influenza kelalaian umat Islam;
Tidak menghirau bencana di sekelilingnya;
Membiar virus licik yahudi
Merebak ke seluruh jiwa ummah;
Menusuk ke dalam kalbu pemuda;
Bertakhta di dalam sanubari pemudi.

Walau apapun;
Aku yakin,
Pelita itu akan bersinar
Dengan terang-benderang seterang-terangnya;
Akan menyinari alam yang gemerlapan ini;
Tapi dengan syarat:
Pembakarnya perlu bersatu padu,
Dan bersatu hati;
Pasti…pasti…pasti,
Sejuta cahaya itu,
Akan menyerpih berjuta-juta cahaya,
Cahaya kemenangan,
Dan cahaya kebahagiaan,
Akan dirasai bersama.
Allahu akbar…Allahu akbar…Allahu akbar.


Nukilan: Nawawi Salleh @ Novavy Sles,
Semester satu,
Diploma Tahfiz Al-Quran wa Al-Qiraat.
mujtahid_lucky@yahoo.com.my
013-2372308.
29 Julai 2010.

***p/s Juara sajak sempena Minggu Penghayatan Islam (MPI) 2010 di Kolej Universiti INSANIAH, Kedah Darul Aman.

0 comments:

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template